Saturday, August 27, 2011

Pilukah aku..

akhirnya gugur jua airmata ini.... biar subuh menjadi saksi...telah lama ianya terpendam, pada bahu siapa harus ku sandarkan kesedihan ini....yang pergi biarlah pergi..ku redha akan ketentuan Ilahi...

Friday, August 26, 2011


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dada? Itu bukan CINTA, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan CINTA, itu NAFSU.
.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahuia ada di sana? Itu bukan CINTA, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan CINTA, itu KESETIAAN.
.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan CINTA, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan CINTA, itu TERGILA-GILA.
.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan CINTA, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan CINTA, itu DUSTA.
.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan CINTA, itu KEMURAHAN HATI.
cinta burung Apakah Sebenarnya CINTA?
Tetapi..
.
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami.. Menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA. Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA. Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA. Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuhjiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA






SUBUH YANG HENING

Pada hari terakhir hayat baginda iaitu pada subuh hari Isnin, sakit baginda semakin tenat. Bilal yang selesai mengazankan subuh datang ke rumah Rasulullah kerana beginda tidak hadir mengimamkan solat subuh tersebut.
Rasulullah menyuruh Bilal memberitahu Abu Bakar supaya mengimami solat Subuh tersebut menggantikan baginda. Pada masa itu semua tahu bahawa hayat Rasul tercinta kekasih Allah ini semakin hampir kepada kewafatannya. Ramai sahabat-sahabat nabi menangis dengan keras dan bersedih hingga ada yang jatuh pengsan.
Ali r.a antara orang yang berada di sisi Rasulullah sebelum wafatnya melihat Rasulullah menggerakkan bibirnya dua kali. Beliau merapatkan telinganya untuk mendengar apa yang diperkatakan baginda. Ali r.a mendengar Rasulullah berkata “Ummati Ummati” yang bermaksud “Umatku, Umatku”.
Bukan keluarga, isteri, sahabat ataupun harta yang dirisaukan. Betapa Rasulullah menyintai kita semua hingga akhir hayat baginda. Bilal bin Rabah tidak pernah azan selama beberapa bulan sebab terlalu sedih dengan kewafatan baginda. Ramai para sahabat merayu dan memintanya supaya melaungkan azan semula.
Akhirnya pada satu subuh yang hening suara bilal memecah kesunyian pagi. Suaranya sayu dan terputus-putus sebab menangis ketika melaungkan azan. Hampir semua penduduk terkejut dan ada yang menyangka Rasulullah hidup kembali ketika itu. Begitu rindunya mereka terhadap Rasulullah.. icon sad Peristiwa Subuh
Ya Allah.. Sesungguhnya hamba-Mu ini telah lalai.. Meninggalkan subuh yang hening tanpa mengira suatu ketika ada peristiwa yang sungguh sebaknya menusuk hati.
Seorang Rasul yang dicintai wafat padanya. Sedangkan umatnya lena dalam kamar penuh kedengkuran!
Jahilnya diri ini..
Bangunkanlah aku Ya Allah..
Aku mahu bertaubat padaMu
Aku mahu berselawat pada junjungan kekasihMu
Aku malu dengan para malaikatMu
Aku takut dengan azabmu..

Memulih Semangatku (Tania)


JANJI

hidup ini memang aneh..kekadang kita hanya mampu mengukir janji tapi untuk tunaikan janji terlalu sukar. apakah kita hanya pandai berjanji tapi tidak pandai untuk tepati janji. Bukankah janji itu satu amanah...
bibir hanya pandai berkata-kata, pandai meluahkan tapi hakikatnya semata-mata untuk menjaga perasaan orang lain..jangan pandai berjanji andai kita awal2 lagi rasa tidak mampu untuk tunaikannya....

Thursday, August 25, 2011

MENENTANG PERJODOHAN

mendayu-dayu..terharu dibuatnya...huhu.....redha jer la apa yang telah terjadi...

something about love



Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

SEDETIK LEBIH


Setiap nafas yang dihembus setiap degupan jantung aku selalu memikirkanmu..
terima kasih di atas kehadiran yang membuatkan diri kembali bernyawa...

Wednesday, August 24, 2011

Terima Kasih Sahabatku

Alhamdulillah..berjaya juga ada blog sendiri....thank's sabahabatku Zaidatul Asma sebab sudi jadi cikgu..masih kena belajar lagi ni...so sudi2 lah beri tunjuk ajar..nanti jangan banyak membebel yer....apa pun tq tq tq...Kasih...

LEPASKAN MU KERANA TERPAKSA

dengan rela ku lafazkan, selamat tinggal sayang, ku doakan agar engkau bahagia.....