Saturday, August 11, 2012

Mahligai Bernama Cinta

............

ku lakarkan coretan indah di dada takdir, biarpun payah, ku tetap rendahkan hati, menyerahkan semuanya pada takdir Tuhan, coretan indah milikku, yang menyimpan seribu impian hidup, bertatih dengan ketentuanNYA, dengan redhaNYA, lakaran indah itu penuh dengan cerita indah, cinta dan kasih sayang, penuh pengharapan kudus, aku tetap disini, takkan berganti seinci dari takdirMu kerana aku pasti semua yang terjadi adalah terindah buatku.. Amin..

Friday, January 27, 2012

Bicara Cinta

Di hatiku masih ada cinta
Dihatimu masih bertunas cinta
Sudikah kau bercinta lagi
Kita temukan semula dua jiwa
Kemari...cantumkan 2 hati menjadi 1,

Biar perasaan terus merindu
Sedang hati sudah mula berpadu
Biar mata ingin bersua
Walau jiwa sudah bersama
Biar telinga mahu mendengar
Kerana mulut selalu berkata..

Kita menulis membelai cinta
Membina rasa bahagia
Jauhi duka derita

SABAR MENUNGGU SAAT BERSAMA

Thursday, January 19, 2012

ingin ku sentuh hati itu...

sukar untuk menilai dan memahami maksud hati seseorang. tiada deria keenam yang mampu tahu apa yang tersirat di sebalik setiap perbuatan. aku keliru. ya!.
dalam diam hati ini rindu akan panggilan itu. lama tidak ku dengar. suara itu juga sudah lama diam bisu. terlalu lama. aku sendiri tidak tahu kenapa semakin lama semakin aku rasa kembali ke masa lampau. zaman hati ini masi lagi suci tanpa terusik oleh kata rindu dan cinta.
aku tahu diri ini,dunia aku terlalu berbeza dengannya. terlalu jauh jaraknya. tidak mungkin dan tidak mampu untuk mendekatinya apatah lagi untuk menyulam rasa ini menjadi satu dalam kata. tidak sama sekali. hanya angan dan mimpi kosong temani aku sepanjang ketiadaannya.
penat. tidak. aku tidak pernah merasa penat dalam menanti dan mengharap. hati itu pernah sunyi satu ketika dulu. namun sampai satu ketika ia terisi oleh lagu dan irama yang indah. ku undur diri. tanpa melafaz kata pergi. tetapi di sudut sepi aku terus menanti.
kini aku tidak tahu, adakah hati itu kembali sunyi dan sepi seperti aku. atau terus di dendang irama nan asyik dan merdu. bukan aku tidak mengerti soal jodoh dah mati. itu rahsia alam yang tersembunyi. indah pasti dalam menanti jawapan. tetapi tidak salah juga bagi ku untuk menyulam mimpi dalam doa dan realiti.
setiap yang berlaku setiap yang terjadi pasti ada rencana yang tersembunyi. aku tahu. indahnya diri bila setiap satu jalan cerita membawa kepada pengakhiran yang bahagia. bukan aku untuk menetapkan kisah aku berakhir dengan setiap keinginanku. tetapi aku pasti bahagia itu milik setiap insan yang mampu bersabar dalam liku yang berduri.
p/s :: ku menanti sentuhan dari hati.

Tuesday, January 10, 2012

ingin ku sentuh hati itu..

Monday, January 2, 2012

aKu aDaLaH aKu

I'm always waiting,waiting someone for something to be happen.Insyaallah 

Seorang insan yang masih mencari diri & apa makna kehidupan dan mencari tempat berpaut untuk terus hidup di bumi yg penuh pura-pura. Rasa nak lukis kisah silam yg lepas biar semuanya nampak nyata & jelas supaya kamu semua lihat pahit2 yg aku lalui selama ni.