Tuesday, December 27, 2011

Rasa


untuk kamu yang selalu mimpi pelangi bersama aku::.
terasa–
ada satu hujung jari menyentuh jantung
mengganggu iramanya menjadi tak keruan
serasa–
mahu katup bibir dengan jemari
kerana senyuman ini sudah mula meninggalkan kesan
merasa–
haba yang datang dari lilin kamu
menyemarak meresap ke dalam jiwa
kurasa–
ruang kosong yang di dalam jantung ini berisikan
seorang kamu yang tak mungkin dapat dilupakan
mari sayang, berpimpin tangan
mari berjalan atas kayangan

No comments:

Post a Comment